Tuesday, June 21, 2011

Lawatan Sambil Belajar - 13 April 2011



Salam semua, maaf lama tak update blog B.I ni, disebabkan kekangan masa yang tak dapat dielak. Jadi hari ni, saya cuba mencuri masa untuk meng'update' blog kesayangan kita bersama ini.


Disini saya uploadkan gambar lawatan pada bulan April lepas.

gambar I : di Pusat Sains Negara


Gambar 2 : Anak-anak perempuan memakai Uniform Bomba

Gambar 3 : Bergambar kenangan dengan Maskot Bomba

Gambar 4 : Mendengar keterangan berkaitan lori bomba

Gambar 5: asyik melihat proses kempompong menjadi rama-rama

Sampai sini dulu gambar lawatan. Akan disambung lagi.

Selamat menjamu mata.


Wassalam

Thursday, May 12, 2011

Mohon Doa Bersama

Salam,

Mula-mula sangat ingin memohon maaf kerana lambat untuk mengkhabarkan yang En. Sham iaitu Pengerusi PASTI Baitul Ikhwan telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kerana demam denggi.


Beliau telah ditahan wad pada Isnin (9 Mei 2011) lepas dan sehingga sekarang masih lagi berada di Hospital.


Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan beliau supaya beliau sembuh dan sihat kembali seperti biasa. Disamping itu tidak lupa doa untuk Puan Maziah iaitu Mualimah PASTI B.I dan juga isterinya supaya cekal menghadapi dugaan yang tidak disangka ini.


Dengan itu saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Wassalam

Tuesday, May 3, 2011

Aktiviti Ilmiah JIBG dan MUSLIMAT

~~~ STIKEY POST ~~~
sila scroll ke bawah untuk entry terkini


pada : 7 Mei 2011 : Sabtu


Aktiviti 1

Masa : 9.00 pagi - 10.30 pagi
Lokasi : Pasti Baitul Ikhwan, TTDI Jaya
Penceramah : Ustaz M.Nazmi Bin. Abd. Karim
Tajuk : Mengimbau kejadian asal kaum Hawa, dan peranannya sebagai sayap kiri kepada kaum Adam dalam sirah perjuangan Islam



Aktiviti 2

Tarikh tutup pendaftaran : 4 Mei 2011


Masa : 2.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : Pasti Baitul Ikhwan, TTDI Jaya
Kelas : Demo menghias cupcake bersama Mariamcuppies
Yuran Pendaftaran : RM50 , RM10 akan dimasukkan ke Dana Pembangunan Pasti B.I. TTDI Jaya

***** flyer dan borang pendaftaran boleh didapati daripada Mualimah Maziah : 012-9123969
***** pendaftaran dan bayaran deposit awal sangat dialu-alukan untuk persediaan bahan


Sekian, terima kasih




Friday, April 29, 2011

Sukan Pasti Kawasan Shah Alam



Sukan PASTI Kawasan Shah Alam

telah
dijalankan
di

PADANG JKR , SEKSYEN 17, SHAH ALAM


Sukan yang disertai ialah

1. Bola Jaring - hadiah saguhati
2. Bola Sepak - tempat 3 - dapat bawa balik piala


Wednesday, April 20, 2011

Pembedahan En. Abu Zar

Salam Sejahtera,

Untuk Makluman Semua,

Pengerusi JIBG PASTI BAITULIKHWAN : En. Abu Zar

akan menjalani satu pembedahan buang hempedu di Damansara Specialist Center. Bersama-sama kita berdoa agar Allah S.W.T memudahkan semua urusan beliau. untuk maklumat lanjut boleh hubungi Puan Faridah (isteri) di 019-3063734


terima kasih


sumber dari : s/u JIBG

Wednesday, April 6, 2011

Lawatan Sambil Belajar - 13 April 2011

All work and no play makes Jake a dull boy


Bila asyik belajar dalam kelas sahaja, tentunya anak-anak kecil ini merasa bosan, merujuk kepada peribahasa diatas makanya seperti tahun-tahun sebelum, pada tahun ini agenda Pembelajaran Di Luar Kelas akan berlangsung seperti biasa. Hendaknya setiap yang dirancang berjalan lancar dan mendapat perlindungan Dia Yang Esa.


Bila dah penat belajar dalam kelas, tentunya pelajar juga perlu merasai pengalaman belajar diluar kelas. Jadi para guru sedang mengaturkan Lawatan Sambil Belajar ke;

  1. Balai Bomba, Bukit Jelutong
  2. Pusat Sains Negara, Bukit Kiara


Sebenar, sangat bagus membawa anak-anak kecil kita ke tempat-tempat sebegini, disamping dapat menerapkan ilmu asas mengenai keselamatan dan juga pengetahuan mengenai alam semesta secara tidak langsung memberi panduan kepada cita-cita mereka dalam kerjaya mereka kelak.


Sesungguhnya di Pasti, walau apa juga kerjaya pilihan, kami para guru sentiasa mendoakan anak-anak didik ini, menjadi seorang yang berjaya dan berkerjaya dunia dan akhirat. Contohnya kalau ditanya, biarlah jawapan yang dilafazkan , "saya ingin menjadi seorang doktor yang hafiz / hafizah Al-Quran" .... InsyaAllah


Wallahualam



p.s : Nantikan update terkini semasa lawatan tersebut.....
p.s.s : Kami juga turut mengalu-alukan penyertaan anak-anak yang sebaya yang bukan pelajar PASTI untuk turut serta, bagi ibu bapa juga sekiranya mempunyai kelapangan dan berminat untuk turut serta boleh hubungi kami di 019-3218449

~wassalam~

Friday, January 22, 2010

Bila Anak Bersedia Utk Fokus

Salam,

Sedikit tips utk IbuBapa yang saya perolehi daripada forum internet.

« pada: 04 September, 2009, 07:28:37 AM »


assalamualaikum
Kalau kita nak tau,bagi color pencil kat anak dan coluring book.Kalau anak color masih keluar dari gambar itu maknanya masih belum lagi boleh fokus belajar .TAPI kalau anak color dalam lingkungan gambar maknanya dah boleh fokus belajar.

Banyak kebaikan aktiviti mewarna dan melukis ni.Dengan lukisan anak, kita boleh tau apa yang terpendam dalam hatinya.Kalau anak2 di Malaysia mungkin lukisannya lebih mengenai keluarga dan alam.Kalau anak2 Palestin misalnya mungkin lukisannya lebih mengenai peperangan,peluru dsb....