Mukadimah


Mukaddimah

Masa depan anak-anak kita bergantung kepada pendidikan usia muda mereka. Ketinggian mutu kreatiiviti daya intelek, keluhuran akhlak, kemampatan iman dan ketakwaan mereka mencerminkan sejauh mana kejayaan generasi hari ini yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk mereka menjadi generasi soleh yang cemerlang.Pengambilan pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun dengan yuran yang amat berpatutan adalah haidah kami kepada masyarakat.


Objektif PASTI

* Membentuk keperibadian kanak-kanak Islam ke arah kefahaman Islam yang syumul
* Memberi kefahaman dan pendidikan asas terhadap kebudayaan pembelajaran hidup Al-Quran dan Sunnah
* Pendidikan Pra-Sekolah yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam


KURIKULUM PASTI

Kurikulum PASTI adalah mengikut susunan kandungan yang di ajar secara tersusun dan sistematik bagi memenuhi serta mencapai matlamat Tarbiyyah Islamiyyah. Pada dasarnya kurikulum ini adalah pancaran konsep INSANIAH dari Manhaj Al-Hayah Al-Rabbani yang berpaksikan IMAN, ISLAM dan IHSAN. Fungsinya ialah bagi mengawal dan memelihara fitrah manusia supaya potensi-potensi ROHANIAH, AQLIAH dan JASMANIYAH tidak dirosakkan oleh pengaruh alam sekeliling yang merendahkan kualiti iman manusia. Selain itu, kurikulum PASTI juga berfungsi untuk memperkembangan fitrah serta potensi-potensi kemanusiaan selaras dengan kehendak matlamat Pendidikan Islam.