Sunday, December 18, 2011

Aurat dalam Islam I

Assalamualaikum para ibubapa dan penjaga. Selamat bercuti sekolah. Bagaimana anak-anak dirumah? Adakah anak-anak kita menghabiskan cuti sekolah ini dengan aktiviti yang sihat seperti mengulangkaji pelajaran, beriadah bersama abang, kakak dan adik atau menghabiskan masa terluang dengan hanya menonton kartun di telivisyen?


Maafkan saya, ayat diatas bukan lah bertujuan untuk menyibuk perihal anak-anak Tuan atau Puan sekalian, hanya sekadar bertanya khabar. Atau mungkin sekadar mengikuti perkembangan semasa. Pada yang masih leka, mungkin boleh diingatkan agar mereka mengulangkaji pelajaran dengan mempraktikkan hadith-hadith yang dipelajaridan juga doa-doa yang diajar sepanjang persekolahan.


Jadinya apabila anak-anak kita kembali ke sekolah, tidaklah kekok untuk mereka ketika belajar nanti.


Ok, tanpa membuang masa lagi, hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang diperolehi oleh Cikgu Sulaiha. Artikel ini beliau perolehi dari Bahagian Pengurusan DAKWAH JAIS. Bertajuk "AURAT DALAM ISLAM"


Untuk makluman umum, artikel ini tidak diolah oleh saya sama sekali, saya hanya menyalinkan ianya semua untuk perkongsian kita bersama.


Mukaddimah

Dewasa ini kita sering didedahkan di dada akhbar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak, abang merogol adik kandung dan sebagainya.

Kejadian "haruan makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan gerun, marah, simpati kepada masyarakat.

Antara faktor terjadinya perkara diatas, adalah pengabaian kaum Hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.

Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletakkan di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan aktiviti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini.


Pengertian Aurat

Aurat diambil dari perkataan Arab "Aurah" yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah aurat diertikan sebagai sebahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkang beberapa perkara yang bersangkutan dalam aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.




Akan bersambung pada minggu depan ......