Friday, April 29, 2011

Sukan Pasti Kawasan Shah Alam



Sukan PASTI Kawasan Shah Alam

telah
dijalankan
di

PADANG JKR , SEKSYEN 17, SHAH ALAM


Sukan yang disertai ialah

1. Bola Jaring - hadiah saguhati
2. Bola Sepak - tempat 3 - dapat bawa balik piala


Wednesday, April 20, 2011

Pembedahan En. Abu Zar

Salam Sejahtera,

Untuk Makluman Semua,

Pengerusi JIBG PASTI BAITULIKHWAN : En. Abu Zar

akan menjalani satu pembedahan buang hempedu di Damansara Specialist Center. Bersama-sama kita berdoa agar Allah S.W.T memudahkan semua urusan beliau. untuk maklumat lanjut boleh hubungi Puan Faridah (isteri) di 019-3063734


terima kasih


sumber dari : s/u JIBG

Wednesday, April 6, 2011

Lawatan Sambil Belajar - 13 April 2011

All work and no play makes Jake a dull boy


Bila asyik belajar dalam kelas sahaja, tentunya anak-anak kecil ini merasa bosan, merujuk kepada peribahasa diatas makanya seperti tahun-tahun sebelum, pada tahun ini agenda Pembelajaran Di Luar Kelas akan berlangsung seperti biasa. Hendaknya setiap yang dirancang berjalan lancar dan mendapat perlindungan Dia Yang Esa.


Bila dah penat belajar dalam kelas, tentunya pelajar juga perlu merasai pengalaman belajar diluar kelas. Jadi para guru sedang mengaturkan Lawatan Sambil Belajar ke;

  1. Balai Bomba, Bukit Jelutong
  2. Pusat Sains Negara, Bukit Kiara


Sebenar, sangat bagus membawa anak-anak kecil kita ke tempat-tempat sebegini, disamping dapat menerapkan ilmu asas mengenai keselamatan dan juga pengetahuan mengenai alam semesta secara tidak langsung memberi panduan kepada cita-cita mereka dalam kerjaya mereka kelak.


Sesungguhnya di Pasti, walau apa juga kerjaya pilihan, kami para guru sentiasa mendoakan anak-anak didik ini, menjadi seorang yang berjaya dan berkerjaya dunia dan akhirat. Contohnya kalau ditanya, biarlah jawapan yang dilafazkan , "saya ingin menjadi seorang doktor yang hafiz / hafizah Al-Quran" .... InsyaAllah


Wallahualam



p.s : Nantikan update terkini semasa lawatan tersebut.....
p.s.s : Kami juga turut mengalu-alukan penyertaan anak-anak yang sebaya yang bukan pelajar PASTI untuk turut serta, bagi ibu bapa juga sekiranya mempunyai kelapangan dan berminat untuk turut serta boleh hubungi kami di 019-3218449

~wassalam~