Salam,
Mula-mula sangat ingin memohon maaf kerana lambat untuk mengkhabarkan yang En. Sham iaitu Pengerusi PASTI Baitul Ikhwan telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kerana demam denggi.
Beliau telah ditahan wad pada Isnin (9 Mei 2011) lepas dan sehingga sekarang masih lagi berada di Hospital.
Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan beliau supaya beliau sembuh dan sihat kembali seperti biasa. Disamping itu tidak lupa doa untuk Puan Maziah iaitu Mualimah PASTI B.I dan juga isterinya supaya cekal menghadapi dugaan yang tidak disangka ini.
Dengan itu saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Wassalam
No comments:
Post a Comment