Sunday, December 18, 2011

Aurat dalam Islam I

Assalamualaikum para ibubapa dan penjaga. Selamat bercuti sekolah. Bagaimana anak-anak dirumah? Adakah anak-anak kita menghabiskan cuti sekolah ini dengan aktiviti yang sihat seperti mengulangkaji pelajaran, beriadah bersama abang, kakak dan adik atau menghabiskan masa terluang dengan hanya menonton kartun di telivisyen?


Maafkan saya, ayat diatas bukan lah bertujuan untuk menyibuk perihal anak-anak Tuan atau Puan sekalian, hanya sekadar bertanya khabar. Atau mungkin sekadar mengikuti perkembangan semasa. Pada yang masih leka, mungkin boleh diingatkan agar mereka mengulangkaji pelajaran dengan mempraktikkan hadith-hadith yang dipelajaridan juga doa-doa yang diajar sepanjang persekolahan.


Jadinya apabila anak-anak kita kembali ke sekolah, tidaklah kekok untuk mereka ketika belajar nanti.


Ok, tanpa membuang masa lagi, hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang diperolehi oleh Cikgu Sulaiha. Artikel ini beliau perolehi dari Bahagian Pengurusan DAKWAH JAIS. Bertajuk "AURAT DALAM ISLAM"


Untuk makluman umum, artikel ini tidak diolah oleh saya sama sekali, saya hanya menyalinkan ianya semua untuk perkongsian kita bersama.


Mukaddimah

Dewasa ini kita sering didedahkan di dada akhbar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak, abang merogol adik kandung dan sebagainya.

Kejadian "haruan makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan gerun, marah, simpati kepada masyarakat.

Antara faktor terjadinya perkara diatas, adalah pengabaian kaum Hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.

Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletakkan di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan aktiviti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini.


Pengertian Aurat

Aurat diambil dari perkataan Arab "Aurah" yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah aurat diertikan sebagai sebahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkang beberapa perkara yang bersangkutan dalam aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.




Akan bersambung pada minggu depan ......

Tuesday, June 21, 2011

Lawatan Sambil Belajar - 13 April 2011



Salam semua, maaf lama tak update blog B.I ni, disebabkan kekangan masa yang tak dapat dielak. Jadi hari ni, saya cuba mencuri masa untuk meng'update' blog kesayangan kita bersama ini.


Disini saya uploadkan gambar lawatan pada bulan April lepas.

gambar I : di Pusat Sains Negara


Gambar 2 : Anak-anak perempuan memakai Uniform Bomba

Gambar 3 : Bergambar kenangan dengan Maskot Bomba

Gambar 4 : Mendengar keterangan berkaitan lori bomba

Gambar 5: asyik melihat proses kempompong menjadi rama-rama

Sampai sini dulu gambar lawatan. Akan disambung lagi.

Selamat menjamu mata.


Wassalam

Thursday, May 12, 2011

Mohon Doa Bersama

Salam,

Mula-mula sangat ingin memohon maaf kerana lambat untuk mengkhabarkan yang En. Sham iaitu Pengerusi PASTI Baitul Ikhwan telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kerana demam denggi.


Beliau telah ditahan wad pada Isnin (9 Mei 2011) lepas dan sehingga sekarang masih lagi berada di Hospital.


Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan beliau supaya beliau sembuh dan sihat kembali seperti biasa. Disamping itu tidak lupa doa untuk Puan Maziah iaitu Mualimah PASTI B.I dan juga isterinya supaya cekal menghadapi dugaan yang tidak disangka ini.


Dengan itu saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Wassalam

Tuesday, May 3, 2011

Aktiviti Ilmiah JIBG dan MUSLIMAT

~~~ STIKEY POST ~~~
sila scroll ke bawah untuk entry terkini


pada : 7 Mei 2011 : Sabtu


Aktiviti 1

Masa : 9.00 pagi - 10.30 pagi
Lokasi : Pasti Baitul Ikhwan, TTDI Jaya
Penceramah : Ustaz M.Nazmi Bin. Abd. Karim
Tajuk : Mengimbau kejadian asal kaum Hawa, dan peranannya sebagai sayap kiri kepada kaum Adam dalam sirah perjuangan Islam



Aktiviti 2

Tarikh tutup pendaftaran : 4 Mei 2011


Masa : 2.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : Pasti Baitul Ikhwan, TTDI Jaya
Kelas : Demo menghias cupcake bersama Mariamcuppies
Yuran Pendaftaran : RM50 , RM10 akan dimasukkan ke Dana Pembangunan Pasti B.I. TTDI Jaya

***** flyer dan borang pendaftaran boleh didapati daripada Mualimah Maziah : 012-9123969
***** pendaftaran dan bayaran deposit awal sangat dialu-alukan untuk persediaan bahan


Sekian, terima kasih




Friday, April 29, 2011

Sukan Pasti Kawasan Shah Alam



Sukan PASTI Kawasan Shah Alam

telah
dijalankan
di

PADANG JKR , SEKSYEN 17, SHAH ALAM


Sukan yang disertai ialah

1. Bola Jaring - hadiah saguhati
2. Bola Sepak - tempat 3 - dapat bawa balik piala


Wednesday, April 20, 2011

Pembedahan En. Abu Zar

Salam Sejahtera,

Untuk Makluman Semua,

Pengerusi JIBG PASTI BAITULIKHWAN : En. Abu Zar

akan menjalani satu pembedahan buang hempedu di Damansara Specialist Center. Bersama-sama kita berdoa agar Allah S.W.T memudahkan semua urusan beliau. untuk maklumat lanjut boleh hubungi Puan Faridah (isteri) di 019-3063734


terima kasih


sumber dari : s/u JIBG

Wednesday, April 6, 2011

Lawatan Sambil Belajar - 13 April 2011

All work and no play makes Jake a dull boy


Bila asyik belajar dalam kelas sahaja, tentunya anak-anak kecil ini merasa bosan, merujuk kepada peribahasa diatas makanya seperti tahun-tahun sebelum, pada tahun ini agenda Pembelajaran Di Luar Kelas akan berlangsung seperti biasa. Hendaknya setiap yang dirancang berjalan lancar dan mendapat perlindungan Dia Yang Esa.


Bila dah penat belajar dalam kelas, tentunya pelajar juga perlu merasai pengalaman belajar diluar kelas. Jadi para guru sedang mengaturkan Lawatan Sambil Belajar ke;

  1. Balai Bomba, Bukit Jelutong
  2. Pusat Sains Negara, Bukit Kiara


Sebenar, sangat bagus membawa anak-anak kecil kita ke tempat-tempat sebegini, disamping dapat menerapkan ilmu asas mengenai keselamatan dan juga pengetahuan mengenai alam semesta secara tidak langsung memberi panduan kepada cita-cita mereka dalam kerjaya mereka kelak.


Sesungguhnya di Pasti, walau apa juga kerjaya pilihan, kami para guru sentiasa mendoakan anak-anak didik ini, menjadi seorang yang berjaya dan berkerjaya dunia dan akhirat. Contohnya kalau ditanya, biarlah jawapan yang dilafazkan , "saya ingin menjadi seorang doktor yang hafiz / hafizah Al-Quran" .... InsyaAllah


Wallahualam



p.s : Nantikan update terkini semasa lawatan tersebut.....
p.s.s : Kami juga turut mengalu-alukan penyertaan anak-anak yang sebaya yang bukan pelajar PASTI untuk turut serta, bagi ibu bapa juga sekiranya mempunyai kelapangan dan berminat untuk turut serta boleh hubungi kami di 019-3218449

~wassalam~

Friday, January 22, 2010

Bila Anak Bersedia Utk Fokus

Salam,

Sedikit tips utk IbuBapa yang saya perolehi daripada forum internet.

« pada: 04 September, 2009, 07:28:37 AM »


assalamualaikum
Kalau kita nak tau,bagi color pencil kat anak dan coluring book.Kalau anak color masih keluar dari gambar itu maknanya masih belum lagi boleh fokus belajar .TAPI kalau anak color dalam lingkungan gambar maknanya dah boleh fokus belajar.

Banyak kebaikan aktiviti mewarna dan melukis ni.Dengan lukisan anak, kita boleh tau apa yang terpendam dalam hatinya.Kalau anak2 di Malaysia mungkin lukisannya lebih mengenai keluarga dan alam.Kalau anak2 Palestin misalnya mungkin lukisannya lebih mengenai peperangan,peluru dsb....

Wednesday, January 13, 2010

Kelas Mengaji Al-Quran - asas, pertengah, lanjutan

salam,

Kami di Pasti(Pusat Asuhan Tunas Islam) ingin menawarkan perkhidmatan mengajar asas Al-quran.
Kelas ini dianjur untuk Tujuan Mengumpul Dana Pasti Baitul Ikhwan. Berikut adalah butir-butir kami;

Lokasi : Pasti Baitul Ikhwan, Jalan Pantun U2/31, TTDI Jaya, Shah Alam.
Masa : 2.30 petang - 3.30 petang
Yuran : RM50 sebulan
Hari : Isnin - Khamis

Tenaga pengajar diselia oleh Mualimah Maziah yang mempunyai tauliah daripada JAIS, Shah Alam.
Beliau mempunyai pengalaman mengajar lebih kurang 10 tahun dalam bidang diniyah.

Kemasukan permula pada bulan Feb. 2010.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
1. Mualimah Maziah : 03-78421695 / 016-9460360
2. Cik Sulaiha : 016-2157626

Sokongan anda sangat kami hargai.

Iklan di mudah.com

Monday, September 21, 2009

kreativiti




Adam Hariz
Aiman Syazwan


Ammar

Dari Kiri : Rafiq Danish, Nur Najwa, & Fawwaz

Aisyah


Memasing nak tunjuk skill "Masterchef"

Anif, buat muka terkejut!

Razin yang sporting bergambar

Najmi, peace no war!

Danish, kira roti ker?

Cikgu Hidayah dan anak murid 4 tahun


Tekunnya Fawwaz


Najwa pun tak mahu kalah, nak tunjuk skill juga!

Aimi, senyum selalu

Adeena dan kepingan roti

Smile Danish ~ selalu posing serius sahaja.

Najihah, dah nak siap dah tu!

Najmi pun sama, dah siap potong roti

Sukanya Aishah

Roti aja? ~ mana tuan nya?

Wajah ceria anak 6 tahun



Contoh sandwich

Persiapan bahan-bahan membuat sandwich tel

posing dulu sebelum aktiviti bermula

~~~~ seronok ~~~~~

trainning sukan





































Ragam Periksa

Ini masa peperiksaan pertengah tahun, Anak umur 5 dan 6 tahun, di letakkan dalam satu kelas, untuk memudahkan cikgu mengawasi mereka sepanjang peperiksaan. Macam2 kerenah yang timbul. tapi yang pasti tetap menghiburkan seperti selalu.

Cikgu Ina tgh tolong bacakan soalan.

Cikgu Ai memberikan arahan sebelum kertas soalan diedarkan


Annukman sewaktu menjwb soalan


Tekunnya Aliyah

Izzah menung apa tu?

Aliyah x siap lagi ke?

Syafiq Hakimi

Garangnya Nu'man ........

Oh! tak siap lagi......



Tekunnya Aishah 5 tahun menjawab soalan, sampai Cikgu Hidayah Snap gambar pun x sedar.


Dari Kiri : Insyiraah dan Hajar.
Kedua2nya keletah dan bijak2. Bila cakap nak ambil gambar je, w/o wait they give their sweet pose.


Hajar fokus jawab soalan.


Wajah senang hati